Tuesday, 31 March 2015

Langkah-langkah Yang Boleh diambil Oleh PPKP Bagi Menangani Masalah Penyakit Berjangkit Ketika Aktiviti Yang Melibatkan Perkumpulan

Pencegahan dan Pengawalan
Penyakit Berjangkit

“makanan” termasuklah apa-apa bahan yang dimakan oleh manusia atau binatang atau apa-apa bahan yang digunakan dalam komposisi atau penyediaan mana-mana bahan sedemikian, dan termasuklah juga bahan perisa dan rencahnya, tetapi tidak termasuk dadah;

“membasmi kuman” ertinya memusnahkan atau menghapuskan
agen penyakit;

“membasmi serangga” ertinya operasi di mana langkah diambil
untuk membunuh serangga berbahaya;

“membasmi tikus” ertinya menjadikan bebas daripada rodensia;

“organisma atau bahan patogenik” termasuklah―


  • binatang;
  • serangga berbahaya;
  • kuman, mikrob, bakteria, atau virus hidup;
  • kultura kuman, mikrob, bakteria atau virus; atau
  • hasil kuman, mikrob, bakteria atau virus,


yang berupaya menyebabkan apa-apa penyakit berjangkit;


Pengisytiharan kawasan jangkitan

Bilamana pemberitahuan diterima di bawah Peraturan-Peraturan
Kesihatan Antarabangsa bahawa terdapat suatu kawasan jangkitan di
luar Malaysia, Menteri boleh melalui perintah dalam Warta
mengisytiharkan kawasan itu sebagai suatu kawasan jangkitan bagi
maksud Akta ini.

Memasuki dan memeriksa kenderaan dan langkah-langkah
selepas itu.

Seseorang pegawai diberi kuasa boleh—

  • memasuki dan membuat pemeriksaan perubatan ke atas mana-mana kenderaan pada bila-bila masa setibanya kenderaan itu di Malaysia;
  • membuat pemeriksaan perubatan ke atas mana-mana orang, binatang atau barang yang berada di atas mana-mana kenderaan sedemikian. 

  • mengambil apa-apa sampel yang perlu bagi maksud menentukan keadaan kebersihan kenderaan atau benda itu atau keadaan kesihatan orang atau binatang itu.
Kehendak supaya memberitahu tentang penyakit berjangkit.


  • Memberitahu pegawai penjaga pejabat kesihatan daerah atau kemudahan kesihatan kerajaan atau balai polis yang paling hampir atau memberitahu ketua kampung yang paling hampir, seboleh-bolehnya tanpa kelengahan, tentang kewujudan penyakit itu.
  • Tiap-tiap pengamal perubatan yang merawat atau mendapat tahu tentang wujudnya apa-apa penyakit berjangkit di mana-mana premis hendaklah memberikan notis tentang wujudnya penyakit berjangkit itu kepada Pegawai Kesihatan yang paling hampir, seboleh-bolenya tanpa kelengahan, dalam borang yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
Pengisytiharan kawasan tempatan jangkitan

Jika Menteri berpuas hati bahawa suatu penyakit berjangkit
telah bermula di mana-mana kawasan di Malaysia, atau bahawa
mana-mana kawasan diancam oleh wabak apa-apa penyakit
berjangkit, dia boleh, melalui perintah dalam Warta, mengisytiharkan
kawasan itu sebagai kawasan tempatan jangkitan.

Pengawalan barang tercemar dan binatang yang dijangkiti

Tiada seorang pun yang tahu atau mempunyai sebab untuk
percaya bahawa mana-mana barang telah tercemar atau bahawa
mana-mana binatang telah dijangkiti atau tercemar boleh
memberikan, meminjamkan, menjual, menghantar, menggunakan
atau mendedahkan barang atau binatang itu tanpa pembasmian
kuman terlebih dahulu.


No comments:

Post a Comment